Selasa, 5 Oktober 2010
dewasa
Aku sudah dewasa,,,
secara fizikal dan mental aku memang seorang dewasa , namun aku tak dapat menolak pendapat umum yang mengatakan aku masih seorang budak lelaki, mungkin kerana aku bukan lah seorang yang bergelar suami atau pun bapa kepada anak-anak,,,
namun aku juga punya hati untuk mempunyai seorang isteri yang sentiasa mendampingiku, teman susah senangku, teman di kamar tidurku, teman aku mencurahkan segala-galanya,,,
namun persoalannya 'bila',,, tapi sebagai manusia aku akur kerana setiap jodoh dan takdir datang dari tuhan, dan mungkin tika ini aku menulis blog ini aku juga menganggap diriku terlalu dewasa untuk meluahkan segala apa yang tersirat dalam hatiku, aku memang sudah dewasa untuk memahami pelbagai hal,,,
kesunyian kadang-kala membuatkan aku berfikir tentang masa hadapan dan mungkin maksud sebenar dewasa adalah memahami diri dengan fikiran yang rasional dalam merancang masa hadapan,,,
jadi aku terlalu penat untuk memahami apakah tujuan sebenar aku jadi dewasa adakah hanya untuk mempunyai keluarga atau rumah atau harta atau apa?,,,
semua sekali gus kah?,,,, mungkin ya,,, tapi semakin aku hidup dewasa kini semakin aku rasa beban dengan duniawi yang semakin tinggi taraf hidup dan sekali gus membuat aku takut untk mempunyai segala-galanya ,,,,
namun aku juga mempunyai keinginan dan nafsu dan harus di lepaskan di tempat yang sepatutnya,,,
hidup ku semakin aku tak tahu arah tuju,,, apa arah yang sebenarnya lurus untuk aku lalui,,, dan cara apa yang boleh memajukan diri kalau hakikatnya aku tertindas dalam dunia yang penuh pancaroba,,,,
tapi inilah hakikat hidup seorang dewasa
Langgan:
Catatan (Atom)
